CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 18 November 2012

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Islam

1. Merupakan satu mata pelajaran TERAS berstatus wajib diajar di semua institusi pendidikan yang mempunyai sekurang-kurangnya LIMA (5) orang murid yang beragama Islam.

2. Mata pelajaran ini diajar oleh guru Pendidikan Islam (GPI) yang diluluskan oleh oleh Pihak Berkuasa Negeri.

3. Matlamat:

Melahirkan dan menghasilkan generasi insan yang berilmu, beramal soleh, dan berakhlak mulia dengan menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan dalam kehidupan seharian supaya menjadi hamba Allah yang berjaya di dunia dan di akhirat.

4. Objektif:

Di akhir pembelajaran, murid-murid akan dapat;
(a) membaca Al-Quran dengan betul, fasih dan bertajwid;
(b) menghafaz surah-surah terpilih dari juzuk 'amma untuk bacaan solat dan ibadah harian;
(c) memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dan menghayati pengajarannya;
(d) mengamalkan pembacaan Al-Quran dalam kehidupan;
(e) memahami pengertian hadis secara umum serta menghayati pengajarannya;
(f) memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan aqidah dan benteng keagamaan;
(g) mengamalkan ibadah-ibadah asas dalam fardhu 'Ain serta memahami fardhu Kifayah sebagai tuntutan kewajipan umat Islam;
(h) memahami dan mengambil iktibar dengan sirah Rasulullah s.a.w. sebagai asas perkembangan tamadun manusia;
(i) mengamalkan adab dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian; dan
(j)membaca dan menulis jawi serta mencintainya sebagai satu warisan budaya bangsa.

2 comments:

  1. Tahniah kerana berjaya hasilkan blog cantik... putih bersih...

    ReplyDelete
  2. Hehe.tq2..Dh tuan empunya blog xputih...

    ReplyDelete