CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 18 November 2012

Ibadah Dalam Islam

Konsep Ibadah dalam Islam

Ibadah dalam Islam adalah berlainan sekali dengan konsep dan amalan-amalan yang terdapat dalam agama-agama yang lain. Ianya bukan perbuatan mengasingkan diri, menolak dan meninggalkan kehidupan dunia sebagaimana yang telah dipelopori oleh golongan "asceiimo". Ianya juga tidak terbatas kepada tempat-tempat tertentu sahaja atau hanya dilakukan melalui perantaraan pihak-pihak tertentu atau dewa-dewa yang terpilih, dan dibuat khas untuk tujuan ini, tanpa mereka amalan-amalan tersebut takkan diterima. Konsep seumpama ini langsung tidak terkandung dalam ajaran Islam. Namun yang demikian, pengaruh konsep asing ini dapat juga menyerap masuk ke dalam kehidupan umat manusia hingga ke hari ini. Oleh itu, timbullah pelbagai tanggapan pada setiap amalan ibadah; ada yang menganggap ibadah itu hanya tertumpu kepada SOLAT, PUASA, HAJI, dan ZAKAT sahaja. Malahan, ada juga yang mengaku beribadat kepada Allah tetapi ubudiah mereka juga diberikan kepada selain daripada Allah. Juga terdapat segelintir pendapat yang menyatakan bahawa ruang lingkup ibadah itu langsung tidak sama sekali berkaitan dengan urusan masyarakat terutama sekali melibatkan bidang politik.


Definisi Ibadah:

(i) pengabdian dan penghambaan diri kepada Allah Taala dengan mentaati segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

(ii) segala perkataan dan perbuatan, baik zahir mahupun batin yang dicintai dan diredhai oleh Allah Taala.

(iii) suatu amalan yang diterima Allah sebagai satu ibadah apabila disertakan dengan niat yang ikhlas; semata-mata kerana Allah dan mengikut tuntutan Rasulullah s.a.w.


Pembahagian Ibadah dalam Islam:

1. Wajib
-Merupakan ibadah yang mesti dilakukan, jika dilaksanakan kita akan memperoleh pahala dan jika sekiranya ditinggalkan perbuatan tersebut, kita mendapat dosa.

-Sebagai contoh, mendirikan solat fardhu, berpuasa di Bulan Ramadhan, menunaikan zakat, menutup aurat.

2. Sunat
-Merupakan ibadah yang sekiranya dilakukan, kita akan memperolehi pahalah, dan jika sekiranya ditinggalkan, tidak mendapat apa-apa ganjaran.

-Sebagai contoh, menunaikan solat-solat sunat seperti solat sunat Dhuha, solat Terawih, berpuasa sunat.

3. Makruh
-Merupakan amalan yang jika dilaksanakan tidak berdosa, tetapi jika ditinggalkan memperoleh pahala.

-Sebagai contoh, makan makanan yang berbau busuk seperti petai, jering, bawang putih.

4. Haram
-Merupakan amalan yang mendapat dosa jika dilakukan, tetapi jika ditinggalkan akan memperoleh pahala.

-Sebagai contoh; minum arak, berjudi, membunuh.

5. Harus
-Merupakan amalan yang boleh dilakukan dan boleh ditinggalkan; kedua-duanya tidak mendapat apa-apa balasan.

-Sebagai contoh, makan dan minum, tidur.





NotaKaki: Untuk melihat paparan penuh, sila klik pada pautan (perkataan berwarna).

No comments:

Post a Comment