CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 18 November 2012

Al-Quran Al-Karim



AL-QURAN, wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. oleh Allah Taala melalui perantara Malaikat Jibrail a.s. secara mutawatir. Perihal penurunan al-Quran mempunyai kaitan rapat dengan peristiwa Lailatul Qadar. Kitab suci ini telah diturunkan kepada Rasul Junjungan, Rasulullah s.a.w. secara berperingkat-peringkat (mutawatir) selama tempoh 23 tahun.

Definisi Al-Quran:

(i) menurut bahasa, Al-Quran merupakan bacaan atau himpunan huruf dan kalimah.

(ii) menurut istilah, Al-Quran ialah kalam (kata-kata) Allah Taala yang merupakan mu'jizat agung Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantara Malaikat Jibrail a.s. dalam bahasa Arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membaca setiap hurufnya merupakan ibadah, dimulai dengan surah Al-Fatihah dan berakhir dengan surah An-Nas.

Nama-nama lain bagi Al-Quran:

1. Al-Kitab (bermaksud sebuah kitab)
2. Al-Furqaan (bermaksud pemisah antara hak dan batil)
3. Adz-Zikr (bermaksud peringatan)
4. At-Tanzil (bermaksud penurunan)

Peringkat Penurunan Al-Quran:

1. Peringkat Pertama
Al-Quran mula diturunkan ke Luh Mahfuz (satu-satunya tempat termulia); terkumpul di dalamnya segala-gala ketentuan Allah untuk semua makhluk-Nya.

2. Peringkat Kedua
Al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke Baitul 'Izzah, iaitu di langit dunia. lebih dikenali sebagai Asma' ad-Dunia (langit pertama).

3. Peringkat Ketiga
Kemudian, Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. disampaikan oleh Malaikat Jibrail a.s. secara beransur-ansur selama 23 tahun.



NotaKaki: Jika anda ingin mendapatkan penjelasan yang lebih lengkap, sila klik pada pautan yang disediakan. Terima Kasih.

Rukun Islam

Sebagai umat Islam, kita wajib beriman kepada Rukun Islam. Rukun Islam mengandungi lima (5) perkara, iaitu;

Pertama;
Mengucap dua kalimah syahadah
(Asyhadu alla ila ha illallah, wa asyhadu anna Muhammadar rasulullah)

Bermaksud: Sahaja aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah Taala, dan aku bersaksi bahawa nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Kedua;
Menunaikan solat fardhu lima kali sehari semalam. Bermula dengan solat Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib, dan Isya'.

Ketiga;
Berpuasa di bulan Ramadhan selama sebulan, sekali setahun.

Keempat;
Menunaikan zakat.

Kelima;
Menunaikan ibadah Haji di Mekah jika mampu.

Rukun Iman

Definisi Iman mencakupi ucapan dengan lisan, keyakinan dengan hati, dan diamalkan melalui anggota badan. Tahap keimanan kita akan meningkat dengan melakukan segala amalan yang menunjukkan ketaatan kita kepada Allah, serta meninggalkan segala larangan-Nya. Sebagai umat Islam, kita wajib percaya dan beriman kepada Rukun Iman. Rukun Iman terdiri daripada enam (6) perkara, iaitu:

1. Beriman kepada Allah Taala

2. Beriman kepada Malaikat

3. Beriman kepada Kitab

4. Beriman kepada Rasul

5. Beriman kepada Hari Akhirat

6. Beriman kepada Qada' dan Qadar

Ibadah Dalam Islam

Konsep Ibadah dalam Islam

Ibadah dalam Islam adalah berlainan sekali dengan konsep dan amalan-amalan yang terdapat dalam agama-agama yang lain. Ianya bukan perbuatan mengasingkan diri, menolak dan meninggalkan kehidupan dunia sebagaimana yang telah dipelopori oleh golongan "asceiimo". Ianya juga tidak terbatas kepada tempat-tempat tertentu sahaja atau hanya dilakukan melalui perantaraan pihak-pihak tertentu atau dewa-dewa yang terpilih, dan dibuat khas untuk tujuan ini, tanpa mereka amalan-amalan tersebut takkan diterima. Konsep seumpama ini langsung tidak terkandung dalam ajaran Islam. Namun yang demikian, pengaruh konsep asing ini dapat juga menyerap masuk ke dalam kehidupan umat manusia hingga ke hari ini. Oleh itu, timbullah pelbagai tanggapan pada setiap amalan ibadah; ada yang menganggap ibadah itu hanya tertumpu kepada SOLAT, PUASA, HAJI, dan ZAKAT sahaja. Malahan, ada juga yang mengaku beribadat kepada Allah tetapi ubudiah mereka juga diberikan kepada selain daripada Allah. Juga terdapat segelintir pendapat yang menyatakan bahawa ruang lingkup ibadah itu langsung tidak sama sekali berkaitan dengan urusan masyarakat terutama sekali melibatkan bidang politik.


Definisi Ibadah:

(i) pengabdian dan penghambaan diri kepada Allah Taala dengan mentaati segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

(ii) segala perkataan dan perbuatan, baik zahir mahupun batin yang dicintai dan diredhai oleh Allah Taala.

(iii) suatu amalan yang diterima Allah sebagai satu ibadah apabila disertakan dengan niat yang ikhlas; semata-mata kerana Allah dan mengikut tuntutan Rasulullah s.a.w.


Pembahagian Ibadah dalam Islam:

1. Wajib
-Merupakan ibadah yang mesti dilakukan, jika dilaksanakan kita akan memperoleh pahala dan jika sekiranya ditinggalkan perbuatan tersebut, kita mendapat dosa.

-Sebagai contoh, mendirikan solat fardhu, berpuasa di Bulan Ramadhan, menunaikan zakat, menutup aurat.

2. Sunat
-Merupakan ibadah yang sekiranya dilakukan, kita akan memperolehi pahalah, dan jika sekiranya ditinggalkan, tidak mendapat apa-apa ganjaran.

-Sebagai contoh, menunaikan solat-solat sunat seperti solat sunat Dhuha, solat Terawih, berpuasa sunat.

3. Makruh
-Merupakan amalan yang jika dilaksanakan tidak berdosa, tetapi jika ditinggalkan memperoleh pahala.

-Sebagai contoh, makan makanan yang berbau busuk seperti petai, jering, bawang putih.

4. Haram
-Merupakan amalan yang mendapat dosa jika dilakukan, tetapi jika ditinggalkan akan memperoleh pahala.

-Sebagai contoh; minum arak, berjudi, membunuh.

5. Harus
-Merupakan amalan yang boleh dilakukan dan boleh ditinggalkan; kedua-duanya tidak mendapat apa-apa balasan.

-Sebagai contoh, makan dan minum, tidur.





NotaKaki: Untuk melihat paparan penuh, sila klik pada pautan (perkataan berwarna).

Contoh Latih Tubi Pendidikan Islam

Aktiviti 1




1- Nyatakan pengertian puasa berdasarkan gambar di atas :

________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________


2- Apakah hikmah-hikmah puasa?

________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________


3- Nyatakan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.

________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________


4- Nyatakan amalan-amalan sunat yang dilakukan sepanjang tempoh berpuasa.

________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________


5- Ali pengsan di kantin sekolah pada siang hari dalam bulan Ramadhan. Ibadah puasanya pada hari itu (batal / tidak batal).




NotaKaki: Rujukan diperolehi daripada Gerbang Maya Pendidikan Islam Sekolah Rendah. Terima Kasih kepada Cikgu Nor Asmah Ahmad; pemilik blog norasmah70@blogspot.com.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Islam

1. Merupakan satu mata pelajaran TERAS berstatus wajib diajar di semua institusi pendidikan yang mempunyai sekurang-kurangnya LIMA (5) orang murid yang beragama Islam.

2. Mata pelajaran ini diajar oleh guru Pendidikan Islam (GPI) yang diluluskan oleh oleh Pihak Berkuasa Negeri.

3. Matlamat:

Melahirkan dan menghasilkan generasi insan yang berilmu, beramal soleh, dan berakhlak mulia dengan menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan dalam kehidupan seharian supaya menjadi hamba Allah yang berjaya di dunia dan di akhirat.

4. Objektif:

Di akhir pembelajaran, murid-murid akan dapat;
(a) membaca Al-Quran dengan betul, fasih dan bertajwid;
(b) menghafaz surah-surah terpilih dari juzuk 'amma untuk bacaan solat dan ibadah harian;
(c) memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dan menghayati pengajarannya;
(d) mengamalkan pembacaan Al-Quran dalam kehidupan;
(e) memahami pengertian hadis secara umum serta menghayati pengajarannya;
(f) memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan aqidah dan benteng keagamaan;
(g) mengamalkan ibadah-ibadah asas dalam fardhu 'Ain serta memahami fardhu Kifayah sebagai tuntutan kewajipan umat Islam;
(h) memahami dan mengambil iktibar dengan sirah Rasulullah s.a.w. sebagai asas perkembangan tamadun manusia;
(i) mengamalkan adab dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian; dan
(j)membaca dan menulis jawi serta mencintainya sebagai satu warisan budaya bangsa.

Soalan-soalan Pendidikan Islam Tahun 3

1. Ingin mencari contoh-contoh latihan murid? Sila klik pada pautan ini.

2. Tidak cukup? Anda boleh klik pada pautan ini untuk memperolehi pelbagai bentuk latihan dan soalan-soalan peperiksaan berkenaan dengan Pendidikan Islam sekolah rendah.





NotaKaki: Jutaan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Blog j-QAF Sekolah Kebangsaan Parit Haji Taib, dan Blog Panitia Pendidikan Islam Sekolah Rendah kerana telah menyediakan sumber rujukan mengenai soalan-soalan dan latih tubi mata pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah yang berguna dan bermanfaat.

Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Islam Tahun 3

Refleksi Makro Pengajaran
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Syukur ke hadhrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya sempurnakan makro pengajaran saya bersama dengan Tahun 3 Mesra pada 7 Oktober 2012. Semasa menjalankan pengajaran makro tersebut, saya telah dapat mengesan kekuatan dan kelemahan pengajaran saya sejurus selepas itu. Oleh yang demikian penambahbaikan dapat dilakukan berkenaan dengan P&P saya di dalam kelas.
Antara kekuatan yang dapat dikesan di dalan P&P saya ialah saya dapat mengawal kelas dengan baik. Saya telah membuat persediaan yang agak rapi sebelum memulakan makro pengajaran ini bagi mengelakkan sebarang masalah timbul semasa sesi P&P. Persediaan awal sebelum P&P adalah merupakan satu perkara yang amat penting bagi membantu saya menyampaikan pelajaran dengan baik dan teratur. Oleh yang demikian, aktiviti set induksi yang dirancang oleh saya telah berjaya menarik minat para pelajar untuk ke hadapan dan memilih sampul kesukaan mereka. Dengan itu saya berjaya menimbulkan naluri ingin tahu pelajar apakah tajuk yang akan dipelajari. Ini akan sedikit sebanyak akan dapat menarik perhatian murid terhadap pelajaran ini. Seterusnya adalah berkaitan dengan aktiviti berkumpulan, yang mana murid-murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Setiap ahli kumpulan dapat bekerjasama untuk menghasilkan kerja kumpulan mereka masing-masing. Dengan ini saya dapat mengetahui bahawa sememangnya di kalangan murid-murid ini mempunyai nilai-nilai murni yang amat baik dan perlu dipupuk dikalangan mereka.
Terdapat juga kelemahan-kelemahan yang dapat dikenalpasti semasa  menjalankan makro pengajaran ini. Pertama sekali, adalah dari segi ketepatan masa yang ditetapkan. Ia sangat penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Hasil daripada pemerhatian saya terhadap rakaman makro pengajaran tersebut, didapati bahawa masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran adalah tidak seiring dengan apa yang dirancang. Ianya berpunca daripada sikap pelajar yang lambat bergerak dan lambat memberi respons terhadap penyusunan sampul-sampul yang dipegang oleh murid-murid lain di hadapan kelas. Hal ini telah menyebabkan masa yang diambil dalam sesi set induksi adalah agak lama. Selain itu, dengan cara menulis nota di papan hitam juga telah menyebabkan berlakunya masalah dari segi ketepatan masa. Walau bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran didapati tidak terlalu terjejas. Di dalam makro pengajaran ini juga saya kurang menyediakan Alat Bantu Mengajar yang boleh menarik minat murid. Apa yang saya gunakan adalah hanyalah lembaran kerja dan buku teks semata-mata. Ini menyebabkan murid-murid agak bosan dengan bahan yang sudah menjadi kebiasaan. Kelemahan dan kekurangan seterusnya adalah masalah dalam pemantauan kelas, yang mana guru hanya didapati di hadapan kelas dan memantau murid di setiap penjuru kelas. Guru seharusnya berjalan dan memantau setiap aktiviti murid. Dengan cara itu, guru dapat mengawal keadaan dan suasana di dalam bilik darjah dengan lebih baik, di samping guru itu sendiri dapat membantu murid dengan lebih dekat.
Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan kepada penambahbaikkan bagi meningkatkan kualiti atau mutu P&P saya pada masa yang akan datang. Oleh yang demikian, daripada kelemahan dan kekurangan yang di kesan dalam makro pengajaran tersebut penambahbaikkan atau perkara yang perlu diperbaiki ialah dari segi ketepatan masa ketika melaksanakan P&P serta pemantauan murid di dalam kelas. Sememangnya guru perlu menepati ketepatan masa seperti yang dirancang di dalam RPH, yang mana ketepatan masa perlulah diikuti seperti yang dirancang bagi memudahkan guru menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari permulaan sesi sehingga tamat pengajaran.
Guru juga perlu mengikuti kursus yang berkaitan dengan ICT bagi menambah ilmu kemahiran menggunakan komputer dalam P&P. Sekiranya guru mahir dalam penggunaan ICT, guru mungkin boleh mengaplikasikan pada sesi pengajaran terutamanya pada langkah pertama dan langkah kedua. Ini secara tidak langsung dapat menarik minat murid untuk belajar dan mereka akan lebih memberi tumpuan dengan tayangan-tayangan yang dipaparkan di skrin. Dengan ini, guru tidak hanya tertumpu kepada buku teks semata-semata dan juga kaedah menulis di papan hitam. Oleh yang demikian, pada masa akan datang saya berjanji akan membawa satu perubahan di dalam P&P saya. Saya inginkan murid-murid saya mendengar dan memberi sepenuh perhatian terhadap pengajaran saya di dalam kelas, demi untuk mencapai objektif pengajaran. Selain itu, kaedah lain kearah penambahbaikan pengajaran saya kelak ialah saya akan merancang satu sistem peneguhan. Contohnya sekiranya A telah menunjukkan tingkahlaku yang positif serta memberi tumpuan ketika pengajaran saya, maka murid tersebut akan diberi peneguhan seperti masa tambahan rehat dan lain-lain. Namun, peneguhan ini akan berlaku sekiranya kelas saya pada ketika itu adalah pada waktu sebelum rehat. Jika murid tidak dapat mengikut arahan saya, maka catatan pelanggaran peraturan di dalam kelas akan meningkat. Sebaliknya jika murid berkelakuan baik sepanjang pengajaran saya, maka mereka akan dapat ganjaran dan bukan hukuman. Setiap murid akan suka kepada ganjaran dan bukan hukuman. Dengan cara ini murid akan lebih menumpukan perhatian semasa proses P&P dijalankan.

Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Islam (Bhgn. 3)

Langkah/ Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
(3 minit)
-Bacaan doa






-Guru menunjukkan 6 keping kad imbasan yang telah dilipat dan tertulis Alif Lam Qamariah & Alif Lam Syamsiah.
-Guru meminta murid-murid membaca doa.




-Guru meminta respon atau jawapan daripada murid-murid. untuk menyebut apa yang tertulis pada kad imbasan tersebut.
-Murid-murid diminta membaca doa secara beramai-ramai bersama dengan guru.

-Murid diminta memberi respon
dengan memberi jawapan apa yang tertulis pada kad imbasan tersebut.
BBM
Kad imbasan








Nilai
Adab ketika berdoa
Langkah 1
(5  minit)

-Alif Lam Qamariah-iaitu lamnya yang bertanda sukun(mati)




-Alif Lam Syamsiah- iaitu selepas lam huruf bertanda syaddah.

-Guru memberi penjelasan tentang tajuk secara terperinci di dalam kelas.




-Guru  melekatkan sepuluh kad imbasan yang tertulis kalimah yang mengandungi Alif Lam Qamariah & Alif Lam Syamsiah.
- Murid-murid diminta mendengar dan memberi perhatian terhadap penerangan guru berkaitan tajuk.

-Murid diminta secara rawak untuk mengelas kalimah-kalimah tersebut dalam jadual yang telah disediakan.






BBM
Kad imbasan

Kaedah
Sumbang saran

Nilai
Bersyukur
Patuh

Langkah 2
(10 minit)

-Alif Lam Qamariah-iaitu lamnya yang bertanda sukun(mati)

-Alif Lam Syamsiah- iaitu selepas lam huruf bertanda syaddah.
- Guru meminta murid membuka buku teks masing-masing.

-Berpandukan buku teks murid diminta secara rawak menyebut dan menulis di papan hitam kalimah yang mengandungi Alif  Lam  Syamsiah & Alif Lam Qamariah.

BBM
Buku teks

Kaedah
Sumbang saran

Nilai
Amanah

Langkah 3
(10 minit)

Alif Lam Qamariah & Alif Lam Syamsiah.
-Guru memberi latihan kepada murid berpandukan buku teks.

-Guru memantau murid-murid membuat latihan  bertulis.
-Murid-murid diminta menyenaraikan tujuh kalimah yang mengandungi Alif Lam Qamariah & Alif Lam Syamsiah berpandukan buku teks (halaman 6).

-Perbincangan bersama guru di dalam kelas.



BBM
Buku latihan
Penutup
(2 minit)
Rumusan dan refleksi
-Mengulangi kembali perkara yang dipelajari dari awal pembelajaran hingga akhir.
-Murid menjawab soalan guru dengan jawapan yang betul dengan bimbingan daripada guru.
Nilai
Sabar

Saturday 17 November 2012

Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Islam (Bhgn. 2)

UNIT 1
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata pelajaran            : Pendidikan Islam
Tahun                          : 3 Mesra
Bilangan murid            : 30 orang
Tarikh                          : 7 Oktober 2012 (Ahad)
Masa                           : 30 minit
Bidang                         : Asuhan Tilawah Al-Quran
Tajuk                           : Alif Lam Qamariah & Alif Lam Syamsiah
Objektif                       : Pada akhir pelajaran murid dapat:
1) Murid dapat mengenal dan memahami kalimah yang bermula dengan Alif Lam Qamariah & Alif Lam Syamsiah.
2) Membaca kalimah yang bermula dengan Ali Lam Qamariah & Alif Lam Syamsiah.

Pengetahuan Sedia Ada         : Murid-murid telah mengetahui bacaan yang mengandungi Alif Lam Qamariah & Alif Lam Syamsiah.
Penerapan Nilai          : Tekun,berdisiplin,sedia menerima nasihat,sabar,beradab,yakin diri.