CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 18 November 2012

Al-Quran Al-Karim



AL-QURAN, wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. oleh Allah Taala melalui perantara Malaikat Jibrail a.s. secara mutawatir. Perihal penurunan al-Quran mempunyai kaitan rapat dengan peristiwa Lailatul Qadar. Kitab suci ini telah diturunkan kepada Rasul Junjungan, Rasulullah s.a.w. secara berperingkat-peringkat (mutawatir) selama tempoh 23 tahun.

Definisi Al-Quran:

(i) menurut bahasa, Al-Quran merupakan bacaan atau himpunan huruf dan kalimah.

(ii) menurut istilah, Al-Quran ialah kalam (kata-kata) Allah Taala yang merupakan mu'jizat agung Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantara Malaikat Jibrail a.s. dalam bahasa Arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membaca setiap hurufnya merupakan ibadah, dimulai dengan surah Al-Fatihah dan berakhir dengan surah An-Nas.

Nama-nama lain bagi Al-Quran:

1. Al-Kitab (bermaksud sebuah kitab)
2. Al-Furqaan (bermaksud pemisah antara hak dan batil)
3. Adz-Zikr (bermaksud peringatan)
4. At-Tanzil (bermaksud penurunan)

Peringkat Penurunan Al-Quran:

1. Peringkat Pertama
Al-Quran mula diturunkan ke Luh Mahfuz (satu-satunya tempat termulia); terkumpul di dalamnya segala-gala ketentuan Allah untuk semua makhluk-Nya.

2. Peringkat Kedua
Al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke Baitul 'Izzah, iaitu di langit dunia. lebih dikenali sebagai Asma' ad-Dunia (langit pertama).

3. Peringkat Ketiga
Kemudian, Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. disampaikan oleh Malaikat Jibrail a.s. secara beransur-ansur selama 23 tahun.



NotaKaki: Jika anda ingin mendapatkan penjelasan yang lebih lengkap, sila klik pada pautan yang disediakan. Terima Kasih.

2 comments: