CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 7 October 2012

Al-Fatihah


Keberkatan Ilmu


Muslimah Sejati


Amalan Pemakanan


Makanan ialah bahan yang menarik rasanya dan pada masa yang sama boleh menghilangkan rasa kelaparan. Menurut pakar pemakanan, makanan ialah bahan-bahan pepejal atau cecair yang apabila dimakan boleh menyebabkan pertumbuhan badan, membekalkan tenaga dan mengawal proses perjalanan badan dengan perkataan lain ianya mengawal kehidupan.
Pemakanan adalah sains nilai makan termasuk berbagai-bagai kumpulan makanan, makanan berzat dan perseimbangan makanan. Ia juga boleh didefinisikan sebagai pengkajian untuk semua proses pertumbuhan, pengekalan dan membaiki kehidupan badan yang bergantung kepada penghadaman makanan, dan pengkajian tentang makanan tersebut.
Makanan berfungsi untuk membekalkan tenaga kepada manusia untuk terus hidup. Makanan yang dimakan setiap hari membekalkan zat-zat makanan yang diperlukan oleh tubuh badan kanak-kanak. Amalan pemakanan yang sihat penting untuk kanak-kanak agar dapat membekalkan tenaga dan nutrien penting yang diperlukan untuk tumbesaran, perkembangan dan untuk aktiviti sehariannya.
Terdapat pelbagai jenis makanan untuk tubuh badan yang sihat dan cergas seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, garam mineral dan gentian. Enam makanan berzat atau nutrien diperlukan untuk pertumbuhan, membaiki dan mengawal badan. Perseimbangan makanan berzat mengandungi beberapa pilihan makanan dari setiap keempat-empat kumpulan makanan. Ia adalah;
  • Roti, bijirin, nasi, dan kumpulan pasta,
  • Sayur dan kumpulan buah-buahan,
  • Susu, dadih, dan kumpulan keju. Daging, ayam, ikan, telur, kacang kering, dan kumpulan kacang.
  • Lemak, minyak, dan manisan.

AWAL SAINS


Sains boleh didefinisikan sebagai ilmu yang boleh menerang dan memahami sifat alam. Bidang sains mengandungi tiga aspek iaitu kognitif, konatif dan afektif. Menurut Joseph  Abruscato (2000), sains adalah proses yang melibatkan kemahiran intelek dan manipulatif bagi mendapatkan maklumat berhubung alam semula jadi. Dengan kata lain,sains adalah pengetahuan yang diperolehi melalui aplikasi proses saintifik. Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperoleh melalui pengalaman sains seharusnya dapat membantu kanak-kanak memahami dan mencorakkan alam sekeliling. Oleh itu, pendedahan awal dalam sains penting bagi membolehkan kanak-kanak membina rasa tanggunjawab dan prihatin serta rasa hormat pada alam sekitar. Interaksi positif yang dialami secara terus membantu peningkatan kanak-kanak dalam pembelajaran dan memperbaiki kualiti kehidupan dalam jangka masa panjang.

            Merujuk kepada pendidikan sains awal, ia menfokuskan dengan perkembangan deria/ sensori dan pemahaman dunia persekitaran. Bidang pembelajaran ini lebih dikenali sebagai pra-sains. Definisi Sains awal adalah subjektif iaitu sains adalah sesuatu yang dilakukan oleh kanak-kanak setiap hari apabila mereka bertanyakan soalan, memerhati serangga, membuat ketulan ais, menunggang basikal, mengasah pensel ataupun memasang lampu. Dengan kata lain, sains adalah sesuatu yang berkaitan dengan persekitaran yang mana ia akan mewujudkan perasaan ingin tahu kanak-kanak untuk meransang perkembangan kognitif dan deria mereka.