CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 18 November 2012

Al-Quran Al-Karim



AL-QURAN, wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. oleh Allah Taala melalui perantara Malaikat Jibrail a.s. secara mutawatir. Perihal penurunan al-Quran mempunyai kaitan rapat dengan peristiwa Lailatul Qadar. Kitab suci ini telah diturunkan kepada Rasul Junjungan, Rasulullah s.a.w. secara berperingkat-peringkat (mutawatir) selama tempoh 23 tahun.

Definisi Al-Quran:

(i) menurut bahasa, Al-Quran merupakan bacaan atau himpunan huruf dan kalimah.

(ii) menurut istilah, Al-Quran ialah kalam (kata-kata) Allah Taala yang merupakan mu'jizat agung Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantara Malaikat Jibrail a.s. dalam bahasa Arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membaca setiap hurufnya merupakan ibadah, dimulai dengan surah Al-Fatihah dan berakhir dengan surah An-Nas.

Nama-nama lain bagi Al-Quran:

1. Al-Kitab (bermaksud sebuah kitab)
2. Al-Furqaan (bermaksud pemisah antara hak dan batil)
3. Adz-Zikr (bermaksud peringatan)
4. At-Tanzil (bermaksud penurunan)

Peringkat Penurunan Al-Quran:

1. Peringkat Pertama
Al-Quran mula diturunkan ke Luh Mahfuz (satu-satunya tempat termulia); terkumpul di dalamnya segala-gala ketentuan Allah untuk semua makhluk-Nya.

2. Peringkat Kedua
Al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke Baitul 'Izzah, iaitu di langit dunia. lebih dikenali sebagai Asma' ad-Dunia (langit pertama).

3. Peringkat Ketiga
Kemudian, Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. disampaikan oleh Malaikat Jibrail a.s. secara beransur-ansur selama 23 tahun.



NotaKaki: Jika anda ingin mendapatkan penjelasan yang lebih lengkap, sila klik pada pautan yang disediakan. Terima Kasih.

Rukun Islam

Sebagai umat Islam, kita wajib beriman kepada Rukun Islam. Rukun Islam mengandungi lima (5) perkara, iaitu;

Pertama;
Mengucap dua kalimah syahadah
(Asyhadu alla ila ha illallah, wa asyhadu anna Muhammadar rasulullah)

Bermaksud: Sahaja aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah Taala, dan aku bersaksi bahawa nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Kedua;
Menunaikan solat fardhu lima kali sehari semalam. Bermula dengan solat Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib, dan Isya'.

Ketiga;
Berpuasa di bulan Ramadhan selama sebulan, sekali setahun.

Keempat;
Menunaikan zakat.

Kelima;
Menunaikan ibadah Haji di Mekah jika mampu.

Rukun Iman

Definisi Iman mencakupi ucapan dengan lisan, keyakinan dengan hati, dan diamalkan melalui anggota badan. Tahap keimanan kita akan meningkat dengan melakukan segala amalan yang menunjukkan ketaatan kita kepada Allah, serta meninggalkan segala larangan-Nya. Sebagai umat Islam, kita wajib percaya dan beriman kepada Rukun Iman. Rukun Iman terdiri daripada enam (6) perkara, iaitu:

1. Beriman kepada Allah Taala

2. Beriman kepada Malaikat

3. Beriman kepada Kitab

4. Beriman kepada Rasul

5. Beriman kepada Hari Akhirat

6. Beriman kepada Qada' dan Qadar

Ibadah Dalam Islam

Konsep Ibadah dalam Islam

Ibadah dalam Islam adalah berlainan sekali dengan konsep dan amalan-amalan yang terdapat dalam agama-agama yang lain. Ianya bukan perbuatan mengasingkan diri, menolak dan meninggalkan kehidupan dunia sebagaimana yang telah dipelopori oleh golongan "asceiimo". Ianya juga tidak terbatas kepada tempat-tempat tertentu sahaja atau hanya dilakukan melalui perantaraan pihak-pihak tertentu atau dewa-dewa yang terpilih, dan dibuat khas untuk tujuan ini, tanpa mereka amalan-amalan tersebut takkan diterima. Konsep seumpama ini langsung tidak terkandung dalam ajaran Islam. Namun yang demikian, pengaruh konsep asing ini dapat juga menyerap masuk ke dalam kehidupan umat manusia hingga ke hari ini. Oleh itu, timbullah pelbagai tanggapan pada setiap amalan ibadah; ada yang menganggap ibadah itu hanya tertumpu kepada SOLAT, PUASA, HAJI, dan ZAKAT sahaja. Malahan, ada juga yang mengaku beribadat kepada Allah tetapi ubudiah mereka juga diberikan kepada selain daripada Allah. Juga terdapat segelintir pendapat yang menyatakan bahawa ruang lingkup ibadah itu langsung tidak sama sekali berkaitan dengan urusan masyarakat terutama sekali melibatkan bidang politik.


Definisi Ibadah:

(i) pengabdian dan penghambaan diri kepada Allah Taala dengan mentaati segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

(ii) segala perkataan dan perbuatan, baik zahir mahupun batin yang dicintai dan diredhai oleh Allah Taala.

(iii) suatu amalan yang diterima Allah sebagai satu ibadah apabila disertakan dengan niat yang ikhlas; semata-mata kerana Allah dan mengikut tuntutan Rasulullah s.a.w.


Pembahagian Ibadah dalam Islam:

1. Wajib
-Merupakan ibadah yang mesti dilakukan, jika dilaksanakan kita akan memperoleh pahala dan jika sekiranya ditinggalkan perbuatan tersebut, kita mendapat dosa.

-Sebagai contoh, mendirikan solat fardhu, berpuasa di Bulan Ramadhan, menunaikan zakat, menutup aurat.

2. Sunat
-Merupakan ibadah yang sekiranya dilakukan, kita akan memperolehi pahalah, dan jika sekiranya ditinggalkan, tidak mendapat apa-apa ganjaran.

-Sebagai contoh, menunaikan solat-solat sunat seperti solat sunat Dhuha, solat Terawih, berpuasa sunat.

3. Makruh
-Merupakan amalan yang jika dilaksanakan tidak berdosa, tetapi jika ditinggalkan memperoleh pahala.

-Sebagai contoh, makan makanan yang berbau busuk seperti petai, jering, bawang putih.

4. Haram
-Merupakan amalan yang mendapat dosa jika dilakukan, tetapi jika ditinggalkan akan memperoleh pahala.

-Sebagai contoh; minum arak, berjudi, membunuh.

5. Harus
-Merupakan amalan yang boleh dilakukan dan boleh ditinggalkan; kedua-duanya tidak mendapat apa-apa balasan.

-Sebagai contoh, makan dan minum, tidur.





NotaKaki: Untuk melihat paparan penuh, sila klik pada pautan (perkataan berwarna).

Contoh Latih Tubi Pendidikan Islam

Aktiviti 1




1- Nyatakan pengertian puasa berdasarkan gambar di atas :

________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________


2- Apakah hikmah-hikmah puasa?

________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________


3- Nyatakan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.

________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________


4- Nyatakan amalan-amalan sunat yang dilakukan sepanjang tempoh berpuasa.

________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________


5- Ali pengsan di kantin sekolah pada siang hari dalam bulan Ramadhan. Ibadah puasanya pada hari itu (batal / tidak batal).




NotaKaki: Rujukan diperolehi daripada Gerbang Maya Pendidikan Islam Sekolah Rendah. Terima Kasih kepada Cikgu Nor Asmah Ahmad; pemilik blog norasmah70@blogspot.com.