Sains
boleh didefinisikan sebagai ilmu yang boleh menerang dan memahami sifat alam.
Bidang sains mengandungi tiga aspek iaitu kognitif, konatif dan afektif. Menurut
Joseph Abruscato (2000), sains adalah
proses yang melibatkan kemahiran intelek dan manipulatif bagi mendapatkan
maklumat berhubung alam semula jadi. Dengan kata lain,sains adalah pengetahuan
yang diperolehi melalui aplikasi proses saintifik. Pengetahuan, kemahiran dan
nilai yang diperoleh melalui pengalaman sains seharusnya dapat membantu
kanak-kanak memahami dan mencorakkan alam sekeliling. Oleh itu, pendedahan awal
dalam sains penting bagi membolehkan kanak-kanak membina rasa tanggunjawab dan
prihatin serta rasa hormat pada alam sekitar. Interaksi positif yang dialami
secara terus membantu peningkatan kanak-kanak dalam pembelajaran dan
memperbaiki kualiti kehidupan dalam jangka masa panjang.
Sunday, 7 October 2012
AWAL SAINS
Merujuk kepada pendidikan sains awal, ia menfokuskan dengan
perkembangan deria/ sensori dan pemahaman dunia persekitaran. Bidang
pembelajaran ini lebih dikenali sebagai pra-sains. Definisi Sains awal adalah
subjektif iaitu sains adalah sesuatu yang dilakukan oleh kanak-kanak setiap
hari apabila mereka bertanyakan soalan, memerhati serangga, membuat ketulan
ais, menunggang basikal, mengasah pensel ataupun memasang lampu. Dengan kata
lain, sains adalah sesuatu yang berkaitan dengan persekitaran yang mana ia akan
mewujudkan perasaan ingin tahu kanak-kanak untuk meransang perkembangan
kognitif dan deria mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment